Friday, November 14, 2008

sambungan Mendidik anak ...

Jangan Membiasakan Anak Menggunakan Tangan Kiri Untuk Makan Minum Memberi Dan Mengambil .

Apa yang harus di ingatkan ialah ibubapa hendaknya berhati-hati dalam hal makan, minum, memberi dan mengambil sesuatu. Sebab perkara ini mesti berlaku di dalam kehidupan sehari-hari kita. Ada satu peribahasa yang baik bagi ingatan kepada ibubapa iaitu: "Bapa kencing
berdiri- anak kencing berlari". Kalaupun diluar pengetahuan anak, "Bapa kencing berdiri", maka diluar pengetahuan bapa pun, "Anak akan kencing berlari".

Harap anda sekelian faham apa yang ingin Ezzah sampaikan melalui peribahasa ini. Oleh yang demikian, dalam hal makan dan minum, biasakan dengan cara yang sopan, baik dihadapan anak-anak ataupun di luar pengetahuan anak-anak. Duduklah dengan tertib sebaik menghadap kiblat, baca Bismillah dan seterusnya doa hendak makan dan barulah makan dengan senyap (iaitu tiada percakapan atau kurangkan bercakap-cakap). Ambillah makanan atau lauk yang terdekat dengan kita. Jika harus bercakap, maka percakapannya itu terbatas dan yang menghiburkan sahaja. Terdapat hadis yang melarang kita menggunakan tangan kiri: Diriwayatkan oleh Muslim, Malik, Abu Daud dan Tirmidzi dari Abdullah bin Umar, Nabi bersabda yang bermaksud:

"Janganlah sekali-kali seorang dari kamu makan minum dengan tangan kirinya kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya".

Pada riwayat lainnya ditambahkan:

"Dan janganlah pula mengambil dan memberi dengan tangan kiri".

Dari hadis-hadis tersebut diatas tadi, jelaslah bahawa kesopanan dalam makan, minum, mengambil dan menerima, memainkan peranan penting pada pembentukkan diri yang baik terhadap anak-anak.

Kaedah orang tua menundukkan hati anak

Bab hari ini saya ingin membawa pembaca kepada petua menundukkan hati anak yang terlalu degil. Kaedah yang diamalkan oleh orang tua-tua kita dahulu bagi mengatasi kedegilan dan kenakalan anak yang sudah melampau adalah seperti berikut. Jika pembaca benar-benar telah putus harapan untuk mengatasi kedegilan anak cubalah berusaha dengan cara ini, cubalah luangkan masa jika benar-benar ingin melakukannya.

Petua-nya ialah:
Bapa yang ketika berada di dalam masjid bagi menunggu solat Jumaat pada masa itu sedang muadzin melaungkan azan dan iqamat. Di antara kedua azan tersebut itu, hendaknya membaca 35 kali:

"Ahmad Rasulullah Muhammad Rasulullah"

Selepas solat selesai tidak terus pulang tetapi carilah 40 orang miskin yang diberikan kepadanya sedekah dan harus selesai sebelum Asar. Kemudian setelah selesai kembali ke rumah. Selepas mandi dan ambil air wuduk kemudian solat dua rakaat sunat sebelum Asar. Selepas itu duduk diam tafakur sambil baca ayat kursi 17 kali.

Dalam masa membaca ayat kursi itu selitkan satu permohonan kepada Allah swt.agar anak diberi lunak hati dan mahu mendengar cakap serta taat kepada orang tua. Permohonan tersebut di baca didalam hati ketika mana datang isyarat suatu perasaan yang lazat dan ketenangan di dalam hati bersamaan masa sedang membaca ayat kursi. Insha-Allah dengan izinNya jua anak akan berubah menjadi anak yang baik tingkah lakunya. Setelah selesai, barulah solat Asar.

Sebenarnya inilah rahsia segala rahsia, petua yang diamalkan pada hari Jumaat itu tadi memang amat berkesan. Satu dari sebabnya mungkin disebabkan ada di antara orang-orang fakir miskin yang ketika itu sangat-sangat gembira ketika menerima pemberian sedekah dan ketika itu juga bersyukur pada Allah swt dan disaat-saat itulah Allah swt mengabulkan permohonan hambaNya yang telah menggembirakan kaum fakir miskin yang disebutkan itu.

Orang tua dahulu mudah mengatasi kedegilan anak - rahsianya pada kain baju anak.

Satu lagi petua orang tua dahulu untuk mengatasi kedegilan dan kenakalan anak adalah dengan cara tertentu yang dikenal dengan nama "dikancing" ada juga yang menyebut "dipulut". Janganlah pembaca terkejut bila mendengar perkataan dikancing, cara ini adalah merupakan adat turun temurun terpulang kepada mereka yang mempercayainya. Namun kaedah ini sungguh mujarab tetapi hari ini sudah hampir tidak lagi diamalkan. Amalan ini sangat bergantung pada keyakinan kita. Kalau yakin maka jadilah apa yang diingini. Kalau tidak yakin memang tidak kesampaian apa yang diingini.

Petua-nya ialah:

Masa anak tidur ambil baju ayah yang dipakai hari itu jadikan sebagai kain selimut si anak.

Demikian terus menerus dilakukan. Pantangnya ialah si ayah jangan makan atau minum dengan pinggan atau gelas yang pernah digunakan anak itu. Petua diatas juga sangat elok untuk menyembuhkan kerinduan anak pada ayah yang berjauhan. Sebab adakalanya anak sakit tanpa sebab dan tidak dapat diketahui sakitnya apabila ayah berjauhan. Inilah petua orang dahulu yang masa ini sudah pupus. Tetapi saya masih mengamalkannya.

Sesungguhnya semua sedia maklum anak adalah amanah Allah swt pada kita. Saya ingin kongsi bersama amalan dibawah ini, supaya kita dapat bersama-sama membina minda anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.

1) Ajarlah anak anda membaca Al-Quran, kenalkan dengan ayat-ayat Allah dan maknanya sekali sewaktu ia berusia 7 tahun.

2) Janganlah takutkan anak anda dengan sesuatu, seperti kegelapan, dan jangan menakut-nakut mereka dengan benda-benda yang mereka sendiri tidak tahu, seperti perkataan hantu, atau memomok-momokkan mereka. Apabila anak diajar dengan sifat begini apabila dewasa kelak akan menjadi seorang yang penakut, sesungguhnya kubur juga adalah tempat yang gelap, dan semua orang akan menghampirinya., dan janganlah sesekali menakut-nakutkan anak anda dengan kegelapan.

3) Bawalah bersama anak untuk menziarahi orang sakit, bersama-sama mereka ketika menziarahi kubur sanak-saudara, melawat orang mati, atau majlis-majlis tahlill. Dengan cara ini anak akan menjadi biasa dengan perkara tersebut, ketika dewasa beliau telah lali dan tidak takut dengan perkataan mati atau takut menziarahi orang mati.Anak anda juga akan menjadi anak yang berani inshallah

Petua ini jika di amalkan dengan niat yang ikhlas agar Allah swt membalasnya dengan suatu kebaikan pada anaknya, salah satu mendidik anak ialah membawanya ketika melihat sahabat yang sedang sakit, doa orang yang sakit itu Inshallah akan dimakbulkanNya. Cukuplah dengan memegang kepada si anak dan dengan Ikhlas hamba Allah yang sakit tersebut merasa sungguh gembira dengan kedatangan kita dan dengan ikhlasnya mendoakan untuk anak kita tanpa diminta.

Itulah sebabnya seorang muslim yang sihat digesa sangat-sangat mengunjungi saudaranya seagama yang sedang sakit, rahsia hikmatnya kerana disaat itulah doa orang yang sakit itu amat mustajab, seperti dinyatakan di atas tadi.

4) Ajarlah anak anda berwuduk sebelum tidur kelak akan menjadi kebiasaan pada dirinya sehingga dewasa sentiasa dalam keadaan bersih dan berwuduk. Cara tidur juga penting supaya anak tidur didalam mengadap ke kiblat, dan jika anak masih bayi maka ibubapa seharusnya akan menghadapkan mukanya ke kiblat. Ini mesti dijaga , walaupun kelihatan sesuatu yang ringan tetapi mengandungi rahsia yang mendalam apabila anak tersebut dewasa. Menurut penelitian orang tua-tua dahulu anak kecil yang biasa tidurnya itu membelakangi kiblat ternyata bila dewasa anak itu akan jauh dari agama dan akan mempersendakan.

5) Ajarlah anak anda bagaimana membuang air kecil dengan sempurna, tidak kesenonohan membuang air kecil akan menjadikan sikap kebinatangan melekat perlahan-lahan di hati anak.
Ketika anak pandai membuang air kecil dan membersihkannya sendiri, sebagai ibubapa jagalah beberapa perkara ini:

a.) Jangan kencing berdiri
b.) Jangan kencing sehingga memercik kembali pada pakaian atau tubuh anggota badan.
c.) Jangan kencing pada takungan air.
d.) Jangan kencing di tempat lubang haiwan kecil tinggal.
e.) Jangan kencing di jalanan.
f.) Jangan kencing di dinding masjid.
g.) Jangan kencing di tempat orang beristirehat dan di perkuburan.
h.) Jangan kencing pada sekitar pohon-pohonan.
i.) Jangan kencing disekitar kawasan rumah
j.) Ketika masuk tandas/bilik air, dahulukan kaki kiri, dan ketika membuang air
kecil ajarlah anak bertinggung.

Adat membuang air kecil dan air besar,:

Dikehendaki menjongkokkan badan kesebelah kiri kemudian bersuci dan keluar dari bilik air setelah bersuci dengan mendahulukan kaki kanan.

k.) Jangan sekali-kali meninggalkan "bersuci" selepas kencing, ajarlah pada anak sejak kecil-kecil lagi kerana ianya kunci kebersihan zahir yang mempengaruhi kebersihan batin.

Kebaikannya yang paling besar ialah kelak apabila anak sudah dewasa Insya Allah akan dapat menjaga farajnya (alat kelamin) dan tidak mudah digoda oleh bisikan hawa nafsu syaitan. Inilah yang tersirat.

6) Ajarlah anak supaya sentiasa bersyukur atas segala nikmat Allah swt didunia ini. Amat sedikit orang-orang yang bersyukur pada hari ini, oleh yang demikian wajiblah kita ajarkan tentang rasa syukur dengan penuh keikhlasan terhadap apa yang diberikan kepada kita. Jika benar-benar rasa syukur , maka akan merasa ringan bila menghadapi segala masalah yang menimpa.Malah dengan banyak bersyukur maka segala masalah hidup termasuk menghadapi kedegilan anak-anak itu akan mudah mendapat pertolongan dari Allah swt. Banyak bersyukur juga merupakan
amalan yang akan memudahkan terbukanya pintu rezeki.

sambungan mendidik anak

BAJU ANAK DAN RAHSIANYA.

Mengikut adat resam masyarakat Melayu lama antara baju dan anak mempunyai hubungan amat rapat. Biasanya apabila orang tua membelikan baju tidak terus dipakaikan pada si anak. Tiap-tiap baju yang yang baru dibeli untuk anaknya itu di cuci terlebih dahulu dan setelah selesai dicuci, dijemur di tempat yang teduh atau didalam rumah. Pada hari ini adat semacam ini sudah lama luput, namun setengah masyarakat Melayu Jawa masih terus mengamalkannya, bertujuan agar anak tersebut sejuk hati dan mengikuti arahan-arahan yang diberikan orang tuanya.

Ada satu kepercayaan orang tua-tua dahulu , tidak mahu bahkan pantang melintasi tali ampaian dimana tempat tersidainya baju anak-anak. Kononnya anak itu kelak bila dewasa akan berani menentang orang tuanya. Wallahhu'alam.

Demikian pula cara memakaikan baju pada anak, Anak dihadapkan ke kiblat (kalau masih kecil berdiri mengadap kiblat) kemudian memakaikan seluar dahulu pada kaki kanan kemudian kaki kiri. Diikuti memakai bajunya bermula dari tangan kanan kemudian kiri. Yang paling penting masa mengancingkan butang baju dengan membaca : "Bismillahi Allah Hu Akbar" sehingga terkancing semuanya. Dengan demikian niat mudah-mudahan anak ini terkunci dari gangguan jin yang jahat. Jika diamalkan khasnya oleh ibubapa terhadap anaknya sejak masih bayi lagi, sehingga menjadi amalan yang sebati sesungguhnya Allah akan memenuhi permintaannya . Insha Allah.

Orang tua-tua zaman dahulu tidak memanjakan anak cucunya.

Pada hari ini banyak ibubapa yang terlalu memanjakan anak, itu tidak ubahnya seperti memberi madu tetapi sebenarnya racun. Dikatakan racun kerana sikap ibubapa itself dapat membunuh sikap-sikap baik yang lahir dari si anak seperti;

(1) Sikap percaya diri sendiri
(2) Sikap mahu berusaha sendiri
(3) Sikap berani kerana benar
(4) Sikap tanggungjawap

JIka keempat sikap ini tiada, keadaan dalam diri si anak bersifat pasif yang kemudiannya segala-galanya bergantung harapan kepada kedua ibubapanya. Sebab itulah benar apabila dinyatakan bahawa masalah memanjakan anak merupakan kesilapan besar dalam mendidik anak.
Kajian mendapati bahawa orang tua-tua dahulu berjaya dalam mendidik anak cucu kerana kunci utamanya ialah "tidak memanjakan anak".

Rasulullah saw. bersabda: "Ajarilah anak-anakmu berenang".

Dalam hadis tersebut tersirat suatu hikmah disamping anak itu mendapat kesihatan yang baik dari aktiviti berenang, namun yang lebih utama ialah untuk mendorong mereka belajar berdiri di atas kaki sendiri. Dalam ertikata lain belajar tidak bergantung pada ibubapanya ataupun pada orang lain. Ibarat kita membiarkan anak didalam air dan biarkan ia sendiri berusaha untuk mengapongkan dirinya supaya tidak tertelan air. Tersirat sesuatu yang unik untuk difikirkan didalam erti kata belajar berenang ini, hanya dengan belajar berenang sahaja kita dapat menilai sedalamnya maksud belajar berenang dan kaitannya dengan belajar berdiri di atas kaki sendiri.

Kita sering melihat seorang anak yang masih kecil didudukkan diatas bahagian leher belakang (tengkuk) ayahnya, sambil dipegang kedua tangan si anak itu oleh ayahnya. Kononnya ayah itu hendak menunjukkan kesayangannya pada anaknya itu. Bagi orang-orang dahulu perbuatan ayah memanjakan anak seperti yang digambarkan di atas tadi merupakan pantang larang yang amat sangat. Memanjakan anak sehingga berlebihan membawa kesan buruk pada si anak itu sendiri dan jelas kelihatan ketika anak itu meningkat dewasa.

Kesan dari perbuatan tersebut dipercayai oleh orang tua-tua dahulu apabila dewasa anak itu tidak akan mendengar kata dan mentaati perintah ibubapanya, bahkan umpama memijak kepala ibubapa seperti terdapat didalam pepatah melayu.

Satu lagi pantangan orang-orang tua dahulu ialah menggunakan pinggan yang sama digunakan untuk makan nasi si ayah juga digunakan oleh anaknya. Begitu juga dengan bekas minumannya. Kesan dari sikap ini dipercayai akan menyebabkan anak tidak mendengar kata dan merasa tidak hormat kepada orang tuanya. Orang-orang dahulu sangat memperhatikan masalah pinggan mangkuk dan gelas yang biasa digunakan oleh mereka sebagai larangan didalam rumahnya. Mereka tidak mahu bahkan melarang pinggan atau gelasnya yang biasa digunakan itu digunakan juga oleh anak cucunya untuk makan minum.

Mengikut kajian dan penelitian saya, amalan menggunakan pinggan mangkuk dan gelas mengikut pemiliknya masing-masing merupakan amalan yang hampir dikatakan "wajib" oleh orang-orang dahulu dan hari ini masih menjadi amalan dari keturunan raja-raja dan keturunan ternama.

Apa yang menjadi bukti ialah anak cucu mereka merasa takut dan mentaati perintah kedua orang tuanya. Bukti ini dapat dilihat sendiri dari keluarga diRaja dan kerap didengar dari mulut ke mulut.

Malah adakalanya kita mendengar seorang yang sudah berumur bercerita, "Dahulu kami takut pada Ayah! Jangankan merokok dihadapannya, melintas dihadapannya pun tidak berani. Budak-budak sekarang lain pula halnya. Terbalik, orang tua pula menjadi takut pada anak-anaknya."
Ungkapan-ungkapan yang senada dengan ini banyak sekali dan kerap kita mendengarnya sendiri. Demikian yang tersirat adanya dari amalan yang menjadi sebati setiap hari oleh orang-orang dahulu. Sebab itulah ada setengah-setengah orang tua yant tidak mahu makan di luar (iaitu di kedai-kedai makan). Wallahhu'alam.

Salah satu lagi pantang larang orang dahulu ialah apabila anak-anak cucunya membuang tulang ayam atau tulang apa pun (selepas memakan dagingnya) di merata-rata tempat atau di tempat yang kotor.

Menurut penelitian adat orang-orang lama di dalam masyarakat Melayu sebenarnya ada kaitannya dengan perintah larangan yang disabdakan oleh junjungan kita Rasulullah SAW. di mana baginda bersabda bahawa sesungguhnya tulang-tulang yang dibuang itu menjadi daging bagi para jin. Mereka saling berebut-rebut mendapatkannya sebagai rezeki makanan yang berupa daging-daging baginya.

Jika kebetulan tulang itu dibuang di tempat yang kotor kemudian para jin ini mendapatkannya dan marah, maka akan berakibat buruk pada si anak. Boleh jadi anak akan menjadi bebal, degil dan tidak mahu mentaati perintah ibubapanya. Boleh jadi perkara yang lainnya seperti sakit yang sukar diubati dan sebagainya.

Sebab itulah masyarakat zaman dahulu (orang tua-tua) sentiasa mengingatkan kepada anak cucunya agar tulang-tulang dari sisa daging-daging yang dimakan itu dikumpulkan disatu tempat khusus dan setelah itu di buang di tempat yang disediakan.

bersambung.....

Wednesday, November 12, 2008

Sambungan : Rahsia Mendidik Anak

Rahsia Mendidik Anak Dengan Mengamalkan Kaedah Orang-Orang Tua Lama.

"Bagi anak-anak yang belum lagi menguasai bacaan doa-doa harian, cubalah dengan cara mengamalkan petua-petua mustajab yang terkandung dalam bab seterusnya ini." Saya tahu bukannya mudah untuk melembutkan hati anak supaya mendengar kata, dalam erti kata sebenarnya, cakap dah penat macam mana nak ajar lagi?

Dinasihatkan janganlah berputus asa dalam berusaha ke arah yang dikehendaki itu. Dalam part yang ini tujuannya sama ia itu bagaimana usaha dan ikhtiar yang harus dilakukan oleh kedua ibubapa supaya si anak ni taat setia kepada dua ibubapanya, menurut kata, berbudi pekerti tinggi dan patuh kepada perintah Allah swt dan RasulNya serta menjauhi sejauh-jauhnya laranganNya.

Insha Allah pembaca akan dapat menjadikan khazanah orang-orang dahulu ini untuk mendidik anak cucu meraih kejayaan serta menjadi manusia yang baik dan berguna, sempurna akhlak dan peribadinya. Saya mohon jika ada sesiapa pembaca yang tidak berpuas hati atau rasa tulisan saya ini tidak betul, saya bersedia menerima teguran demi kebaikkan semua. Sesungguhnya tiada siapa yang sempurna di dunia ini.

Istiadat Menukar Nama

Kita sering mendengar adanya orang tua yang telah kehabisan akal dan daya usaha dalam mendidik anaknya sehingga pada akhirnya anak-anaknya dibiarkan begitu sahaja. Terdengar banyak keluhan mengenai ketidakupayaan ibubapa dalam mengatasi kerenah dan kenakalan anak sehingga tercetus ungkapan; "Tak boleh buat apa dah !!.." Iaitu nada jawapan keputusasaan ibubapa yang telah gagal dalam mendidik anak-anaknya.

Pada hari ini ramai orang mengambil pedoman dari pakar jiwa anak-anak malah ada golongan kelas menengah yang terlalu mengagong-agongkan pandangan mereka itu, Golongan ini tidak tahu kelemahan yang ada pada pakar kanak-kanak itu yang kebanyakkannya dipengaruhi oleh pemikiran cara barat. Pada hal jika dilihat dari realiti ibubapa yang harus menjadi contoh yang terbaik, ibubapa adalah umpama bayang-bayang pada sianak mereka yang dijadikan pedoman pada si anak untuk mewarnai fitrah anaknya. Justeru itulah akhirnya ibubapa sekarang ini menjadi hamba abdi dan suruhan anaknya sejak anaknya kecil lagi.

"ibubapa menurut kehendak anak, tetapi biarlah didalam keadaan yang sewajarnya".Berpada-padalah jika ingin memanjakan anak sekalipun.

Masyarakat dahulu jika menghadapi masalah anak yang tidak dapat di atasi lagi mereka menggantikan nama pada si anak tersebut. Mereka percaya bahawa menukar nama dengan nama baru merupakan kembali kebelakang yakni seolah -olah anak itu lahir semula. Inilah yang tersirat, sebab itulah kita di sunahkan menamakan anak dengan panggilan yang baik-baik dari nama yang baik didalam Al-Quran.

Mereka akan menjemput masyarakat sekeliling bagi membuat kenduri, dinamakan kenduri tolak bala. Dipercayai kenduri tolak bala itu berasal dari kenduri menukar nama anak yang nakal dengan nama baru. Sebelum jamuan dihidangkan seperti biasanya dibacakan doa permohonan pada Allah swt. agar anaknya diberi "lunak hati" dan mentaati ibubapanya.

Dipercayai pada masa kenduri diadakan si anak memakai pakaian putih dan didudukkan ditengah-tengah hadirin ketika membaca doa untuknya. Disini tidak dapat saya sertakan secara detail dan panjang lebar cara-cara dan aturan orang-orang dahulu mengadakan kenduri menukar nama ini, adalah lebih baik jika dirujuk kepada yang lebih arif. Saya hanya akan typekan disini jika sekiranya ada sesiapa yang benar-benar ingin mempelajarinya. Kerana apa yang akan saya typekan ini adalah adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu lama namun adat tukar nama pada masa sekarang telah lama pupus.

Kepupusan itu mungkin kerana syarat yang ketat dari segi undang-undang dan sebagainya. Walau bagaimanapun sebenarnya tukar nama ini pada masa sekarang masih dapat di amalkan tanpa menukar nama pada surat kelahiran atau ic kerana yang penting adalah panggilannya pada si anak sehari-hari.

Panggil-lah anak dengan nama yang baik itu sudah memadai, masyarat sekarang terlalu ghairah memilih nama-nama yang sedap disebut dan panjang berjela-jela tetapi mengandungi erti yang kurang baik.

Bakal disambung lagi..

Tuesday, November 11, 2008

Rahsia mendidik anak berlandaskan hikmah dalam agama.

Dari Khazanah Ilmu. (Ezzah)

Rujukkan daripada khazanah , As-Syeikh Mucktar A.B Bawazir, "88 yang tersirat."


Harap ilmu ini dapat mendatangkan kebaikkan bagi semua, yang baik itu dari Allah dan buruk itu dari diri saya sendiri.

Marilah kita bersama renungkan secara terperinci, satu persatu rahsia yang berkait rapat dengan pendidikan kepada anak-anak agar menjadi anak yang soleh. Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak itu ada tiga peringkat asas iaitu,

Pertama : Didikkan pada usia anak sebelum tujuh tahun.

Kedua: Didikan pada usia anak antara tujuh hingga empat belas tahun.

Ketiga : Didikan anak waktu usia anak antara empat belas hingga dua puluh satu tahun.


Pertama: Didikan anak pada usia sebelum tujuh tahun.

Sebaik sahaja anak dilahirkan, maka azankanlah di kedua telinganya bermula kanan dengan Azan dan sebelah kirinya Qamat. Kemudian yang paling utama mandikanlah. Setelah itu berikan nama yang baik iaitu nama yang lazim dalam Islam yang terdapat dalam Al-Quran.

Jika sampai mempunyai empat orang anak (lelaki) sebaiknya ada satu sekurang-kurangnya yang sama namanya dengan nama Nabi Muhammad saw. Berwaspadalah dalam hal ini, kerana Nabi saw. bersabda mafhumnya

"Sesiapapun yang mempunyai empat orang anak, dan tak ada satu pun diantaranya bernama seperti namaku, bererti si-empunya anak tidak berlaku baik terhadapku."

Adapun nama-nama Nabi kita itu terdapat dalam kitab Dalail Khairat iaitu sebuah kitab lama. Himpunan jumlah gelaran atau namanya didalam kitab tersebut adalah 201 nama (gelaran).

Kemudian buatkan Aqiqah yakni amalan korban ternakan seperti kambing atau lembu. Jika aqiqahnya itu lembu boleh di peruntukan untuk tujuh orang anak dengan cara membuat perkongsian. Sebaiknya ketika anak berusia 7 hari. Jika tidak dapat, boleh membuatnya ketika anak itu berusia belasan tahun atau sebelumnya. Jika tidak dapat lakukan aqiqah itu sebelum meninggal dunia mintalah permohonan ampun kepada Allah swt. Demikian ini yang diwarisi dari ulama-ulama dahulu.

Pada hari aqiqah sering tidak mendapat perhatian sehingga ramai yang lalai. Mengikut beberapa kajian ternyata anak-anak remaja yang bermasalah dengan orang tua-nya itu, salah satu faktor penyebabnya ialah tidak di "aqiqahkan" ketika mana orang tuanya mampu melaksanakannya.

Jika anak itu lelaki sebaiknya dikhatankan ketika usianya 7 hari. Berkhatan dalam usia tersebut pada hari ini, lazimnya harus mendapat kebenaran terlebih dahulu dari seorang doktor pakar.

Ada doa khusus ketika anak itu dikhatankan. Perhati satu demi satu ertinya yang begitu tinggi nilainya untuk masa depan si anak. Harap Maaf doa dalam bahasa Arab tak dapat disertakan disini, sila rujukan pada "Susunan doa dalam kehidupan" tulisan Kyai Anwar, atau lain-lain kitab doa-doa.

"Ya Allah ini adalah sunnahMu dan sunnah NabiMu, selawatMu atas baginda (Rasulullah) dan keluarganya. Kami mengikuti Engkau dan NabiMu yang berhubungan dengan kehendakMu, niatMu dan tentang urusan yang kau kehendaki"


"Engkau tentukan dan Engkau perintahkan sesuai dengan yang Engkau berikan pengalaman kepadanya, tentang tajamnya pisau sehubungan dengan khatan dan hijamat (pembedahan) dan tentang kesesuainya. Engkaulah yang lebih tahu daripada kami."


"Ya Allah bersihkan dosa-dosanya, panjangkanlah usianya, ringankan kesakitannya dan sihatkanlah dia. Jangan biarkan dia menderita kerana sakit dan miskin. Engkau pemilik pengetahuan, sedangkan kami tidak demikian".

Didikan Awal pada Anak

Paling lama menyusukan anak adalah dua tahun atau dua setengah tahun,terkecuali ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Menyusukan anak merupakan didikan awal dari seorang ibu. Janganlah sekali-kali lupa apabila hendak menyusukan anak, membaca doa terlebih dahulu,

"Ta'awuz iaitu "Aku berlindung daripada syaitan yang direjam dan Basmalah, "Dengan nama Allah yang amat pengasih lagi amat menyayangi."

Tujuan membaca Ta'awuz ketika akan menyusukan ialah agar supaya susu yang menjadi darah daging pada anak itu nanti tidak disisipi oleh hawa syaitan.dan Tujuan membaca Basmalah ketika akan menyusukan anak ialah agar perbuatan menyusukan itu akan menjadi darah daging si-anak iaitu darah daging yang pengasih dan penyayang pada sesama makhluk Allah dimuka bumi ini apabila dewasa kelak. Demikian itu yang tersirat didalam hati seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya.

Itulah kunci rahsia dari sekalian kunci-kunci rahsia yang akan mewarnakan kelakuan anak dari awal-awal lagi. Sikap seseorang anak juga ditentukan oleh ibu yang sedang menyusukan kerana ketika itu terjadi hubungan jiwa yang amat rapat antara anak dan ibu yang sedang menyusukan. Mengikut penelitian orang tua- tua, seorang ibu yang mengalami kesedihan, kemudian menyusukan anaknya, anaknya itu akan turut sedih dapat dilihat dari raut wajahnya atau kadang-kadang tersentak menangis semasa masih menyusu pada ibunya.

Ada lima pantang yang harus diingat oleh ibu yang sedang menyusukan iaitu:-

a. Jangan berangan-angan.
b. Jangan bercakap yang bukan-bukan.
c. Jangan mendengar suara-suara yang tidak baik didengar atau yang terlarang oleh syarak.
d. Jangan makan.
e. Jangan minum sambil menyusukan.

Maka sebaik-baiknya ketika menyusukan anak setailah dengan ucapan yang baik- baik seperti selawat dan yang seumpamanya. Dalam pada itu rasakan benar-benar bahawa kasih sayang anak yang sedang menyusu itu adalah semata-mata kasih sayang kurniaan dari Allah swt.

Curahkan rasa kasih sayang itu melalui pandangan ketika menyusukan. Dahulukan bahagian kanan dan diikuti dengan bahagian kiri. Begitu seterusnya setiap kali menyusukan kanan didahulukan.

Bebaskanlah anak itu bermain sehingga sampai usia tujuh tahun. Walau bagaimanapun, sekali-sekala ketika itu orang tua, khususnya si bapa hendaknya berperanan sebagai sahabat dalam bermain. Apabila genap empat tahun ajarkan huruf-huruf Al-Quran dan begitu pula ketika usia si anak menjangkau hampir tujuh tahun hendaknya telah menguasai hafalan-hafalan tertentu dari ayat-ayat suci Al-Quran.

Janganlah mengaku diri kita, yang kasih sayang itu adalah menjadi haknya. Ertinya gerak hati yang melahirkan kasih sayang itu sebenarnya merupakan gerakan yang datangnya dari Yang Maha Pengasih. Inilah bimbingan yang tersirat didalam hati ibu, suatu bimbingan Tauhid pada anaknya. Nescaya bila dewasa nanti akan memiliki tauhid yang jitu."

Kedua : Menjelang Usia Anak Tujuh Tahun

Apabila usia anak sampai hampir tujuh tahun, ajarkan padanya solat berjemaah. Malah ajaklah sentiasa bersolat bersama (berjemaah), dan ketika solat bersama, anak lelaki yang Azan dan Iqamah (Qamat). Kemudian satu peringatan keras kepada anaknya itu, apabila mencapai usia 10 tahun meninggalkan solat, pukulah pada bahagian belakangnya dengan pukulan yang sederhana, yang tidak sampai mencederakan.

Ketika anak lelaki berusia mendekati tujuh tahun ia tidak boleh tidur dibawah satu selimut dengan adik perempuannya. Kecuali tempat dan selimut yang berlainan. Tetapi menjangkau usia 10 tahun anak lelaki dan perempuan haruslah terpisah tempat tidurnya. Dalam usia tersebut ajarilah mereka pengertian hadis-hadis yang sederhana yang berhubungan dengan amalan biasa sehari-hari dan tanamkan rasa cinta pada Rasulullah saw. dengan cara memberikan kisah-kisah teladan yang menggambarkan kasih sayangnya Rasulullah saw. pada umatnya dan jangan lupa kisahkan hal Israk dan Mikraj kerana di dalamnya sangat baik untuk pendidikan anak.

Nota: Sebabnya dalam usia antara tujuh hingga sepuluh tahun daya tangkap pemikiran anak sangat tajam, ia akan memberikan kesan yang sukar dilupakan.

Ajaklah anak sesekali berekreasi (riadah) dan berolahraga. Cintailah anak-anak, tetapi janganlah keterlaluan dan jangan sampai ditonjolkan atau dimanjakan kerana boleh berakibat buruk pada pertumbuhan jiwa si anak iaitu anak tidak akan berusaha mengatasi suatu kegagalan kerana orang tuanya menjadi tempat bergantung dalam segala sesuatu.

Orang tua yang memanjakan anak sebenarnya merosak pertumbuhan IQ anak itu sendiri kerana akibat anak yang dimanjakan itu, ia akan mempunyai sifat , tidak memiliki kesungguhan berusaha dalam apa sahaja tugasnya, khasnya dalam bidang persekolahannya. Seterusnya akan menjadi malas dan tidak berminat untuk mengatasi kegagalan yang dialaminya. Maka kedudukan ibu bapa semestinya di tengah anatara manja dan tegas terhadap anak.

Sebaliknya jangan bersikap kasar terhadap anak dan apabila berjanji, berhati-hatilah, harus penuhi janji itu. Ini adalah cara mendidik anak agar mentaati janji yang diucapkannya kelak, apabila suatu masa nanti diminta janjinya oleh ibu bapa.

Nota: Dalam pada itu, ibu bapa sekali sekala membuat janji tertentu pada anaknya dan menunaikannya, tepat dengan apa yang dijanjikannya, Inilah yang dinamakan pendidikan amali dirumah, mudah tetapi amat berkesan.

Jika ada ramai anak sekalipun, janganlah membezakan antara satu sama lain,. Tetapi dalam memberi hadiah utamakan pada anak yang terkecil dahulu. Tujuannya atau matlamat didikan ini ialah agar abang-abangnya dan kakak-kakaknya itu akan terbiasa dan dapat menjaga adiknya, apabila ketiadaan kedua ibu bapanya kelak.

Kemudian apabila anak akan tidur sebelah malam, cucilah terlebih dahulu wajah dan tangannya dengan menggunakan tuala dan sebaik-baiknya dengan air suam. Sambil diniatkan serta memohon pada Allah swt. dalam bentuk siratan didalam hati, agar anaknya itu akan sentiasa menjaga wuduk dan kebersihan jiwa raganya. Ini dilakukan oleh ibu sebelum usia anak tujuh tahun.

Demikianlah dakwah berwuduk dari ibu pada anaknya dengan cara menyapu-nyapu atau mengelap dengan air suam pada wajah dan anggota tubuhnya ( tangan dan kaki) sebelum menidurkan anaknya dengan siratan didalam hati, memanjatkan doa pada Allah swt.

Ketiga: Pendidikan anak di awal umur 7 hingga 14 tahun

Seperti tajuk yang telah digariskan diatas, ketahuilah para ibu bapa bahawa pendidikan formal (awal) pada anak sebagaimana yang tersebut tadi bermula dari mengambil wuduk, jika kita benar-benar amalkan maka kelak apabila anak itu dewasa akan dapat merasakan kenikmatan solat.

Apabila solat yang dikerjakan dan telah sebati, maka apa yang dikerjakan selama ini sebagai kewajiban akan terasa ada perubahan yakni bukannya merasakan sebagai kewajiban bahkan ianya merupakan "satu anugerah"dari Allah swt. Jika telah terasa kewajiban dan mendapat anugerah itu maka seseorang tidak akan meninggalkan solat lima waktu malahan terasa amat gelisah jika belum mengerjakan solat apabila tiba waktunya.

Kalau kita perhatikan jari-jari tangan kita lima, bukannya enam dan bukannya empat. Tentulah ada yang tersirat. Allah swt. menciptakan tangan dengan lima jari-jarinya agar kita sentiasa beringat-ingat pula akan yang lima, iaitu kewajiban lima waktu solat sehari semalam.

Bersalam dengan ibubapa.

Mendidik anak yang biasa diamalkan oleh orang-orang dahulu telah dilupakan ialah mengajarkan anaknya agar setiap pagi dan malamnya mencium tangan (bersalam) pada ibu dan bapanya.
Sebagai orang tua yang mengharapkan anaknya berakhlak mulia sudah pasti akan merasakan satu kebahgian yang tidak dapat dilukiskan apabila si anak datang dan mencium tangan ketika
bersalaman. Oleh sebab itu, didiklah anak-anak itu sejak dari kecil lagi. Ajaklah dengan baik agar mengamalkan ajaran bersalaman, yakni berjabat tangan dan si anak mencium tangan orang tuanya pada setiap pagi dan malam.

Waktu-waktu bersalaman ialah pada sebelah pagi hari sebelum pergi ke sekolah dan sebelah malamnya sebelum tidur. Atau paling tidak sehari sekali iaitu bersalaman pada waktu pagi hari. Dahululah ibunya kemudian bapanya. Dengan cara ini maka hubungan anak dan orang tua akan lebih mesra. Dalam pada itu anak akan lebih merasa kasih sayang pada kedua ibubapanya dan akan lebih memperhatikan segala perintah yang diberi. Apa yang tersirat dalam amalan ini adalah banyak sekali. Perlakuan ini jika diamalkan betul-betul memberi pengertian kepada si
anak agar:

1) Mentaati perintah kedua ibubapanya.

2) Dalam tempoh yang agak lama si anak melaksanakan tuntutan bersalaman kepada kedua orang tuanya, maka penghujungnya perlakuan itu akan memberi kesan yang mendalam dalam jiwa mereka, anak-anak akan sentiasa mengingati akan orang tuanya, apabila tiba suatu ketika iblis laknatulallah datang menghasut mereka melakukan kejahatan, maka si anak akan mengingati ibubapa mereka dan terhenti hasrat untuk mereka berbuat kejahatan apabila terbayang akan ibubapa mereka.

3) Anak-anak akan menghargai jerih payah kedua ibubapanya. Mencium tangan memberi didikan menghargai malah lebih dari itu kalau dikatakan dalam bahasa pujangga kedua tangan ibubapa itu ibarat tangan keramat.

Seperkara lagi, pada waktu anak mencium tangan hulurkan tangan kiri bagi menyapu kepala si anak dengan tersirat di hati satu permohonan kepada Allah swt yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku lembutkanlah hati anakku dan selamatkanlah dia"

Memberi salam

Begitu pula dalam hal memberi salam dan menjawab salam, dengan cara yang sopan kepada saudara seagama. Ia merupakan didikan yang amat baik kepada anak.

Memberi sedekah

Memberi sedekah pada fakir miskin. Sebaiknya ajarkan pada anak untuk memberikannya juga untuk bersedekah pada hari Jumaat ketika solat Jumaat bersama, berikan wang pada si anak untuk dia sendiri yang memasukkan duit sedekah itu ke dalam tabung.

Dengan demikian ia akan membuahkan bibit kasih sayang dan jika sifat ini telah sebati didalam jiwa raga si anak maka didikan-didikan akhlak selanjutnya akan mudah diterima.

Rasa kasih sayang

Sifat kasih sayang adalah sifat Allah swt. sebab itulah apa sahaja yang akan kita kerjakan dianjurkan membaca :

"Dengan Nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Amat menyayangi."

Pada amnya ibubapa mengajarkan pada anak-anaknya membaca Bismillah tersebut hanya pada waktu akan makan dan minum sahaja. Pada halnya agama menganjurkan apa sahaja yang akan dikerjakan mestilah didahului dengan "Bismillahirahmanirahim".

Sudah tentu , kerana ucapan itu mengandungi makna kasih sayang, di samping mengharapkan agar perkerjaan yang akan dikerjakan itu diliputi oleh kasih sayang dari Tuhan Yang Maha Esa.

Doa Harian

Hendaknya kedua ibubapa mengajarkan bacaan doa-doa harian untuk anak. Doa-doa harian khusus untuk didikan pada anak-anak boleh dijumpai didalam berbagai bentuk seperti buku dan tulisan bergambar dan boleh dilekatkan supaya anak dapat melihatnya setiap hari.

Kesan Kelakuan Ayah ketika dalam menyambut tetamu.

Ketika tetamu atau teman anda datang ke rumah, janganlah sampai lambat memberi jamuan seadanya. Menyegerakan memberi jamuan berbentuk makanan ringan dan minuman pada tetamu sangat dituntut di dalam Islam.

Ajaklah tetamu kamu memakan makanan ringan atau meminum terlebih dahulu. Sebenarnya disini kita tidak nampak pengaruhnya terhadap anak adalah amat besar, adalah lebih baik jika kita mengajak si anak itu turut bersama membantu menyiapkannya. Waspadalah wahai para bapa dan ibu ! Segala gerak-geri dan kelakuan kamu seorang ayah atau ibu akan diperhatikan dan kemudian ditiru oleh anaknya.

Jika seorang ayah asyik membaca surat khabar setiap harinya, maka si anak yang melihat kelakuan ayahnya itu akan meniru-niru suka membaca. Maka jika menginginkan anaknya suka membaca Al-Quran, orang tua mestilah memulakanya.

Jika menginginkan anaknya solat, orang tua mestilah memulakannya. Sudah tentu jika dimulakan dari kanak-kanak lagi amat mudah untuk membimbing selanjutnya.

Orang dahulu berkata : "Melentur buluh biar dari rebungnya".

Ucapan Terima Kasih.

Ajarkan anak mengucapkan "Terima Kasih" ketika menerima sesuatu, tetapi sesudah itu ucaplah "Alhamdulillah"

Pada Amnya ibubapa hanya mengajarkan kepada anaknya mengucapkan "terima kasih" apabila diberi sesuatu oleh orang lain. Tetapi lupa yakni si anak tidak mengucapkan terima kasih apabila ibubapa sendiri memberikan hadiah atau sesuatu. Sebenarnya itulah yang membuatkan si anak itu keliru kerana kita hanya mengajar si anak mengucapkan terima kasih ketika diberi oleh orang lain. Bahkan adakalanya anak itu terdiam sahaja ketika menerima pemberian dari orang lain, walaupun sudah diajar berkali-kali.

Sebenarnya ianya menunjukkan tidak ada praktikal sejak didalam rumahnya sendiri. Ibubapalah sepatutnya selalu mengucapkan terima kasih pada si anak apabila menerima sesuatu dari si anak sewaktu di rumah, amalan ini akan menjadi ikutan pada si anak sehingga dewasa.

"Disini jelas sekali bahawa didikan awal yang paling berkesan pada anak-anak itu bermula dari rumah".

Mengajar ucapan terima kasih sahaja sebenarnya masih belum cukup. Sewajarnya sedang kita berterima kasih kepada seseorang kerana kebaikkannya, maka jangan sekali-kali lupa bahawa orang itu memberi kerana gerak hati yang di tentukan oleh Allah swt. jua. Oleh kerana itu kita sebenarnya dituntut juga untuk mengucapkan "Alhamdulillah", kemudian barulah "terima kasih".

Dengan demikian yang diucapkan ketika ketika menerima pemberian baik dari ibubapa sendiri atau dari sesiapapun adalah seperti berikut:

" Alhamdulillah - Terima kasih"
(Alhamdulillah itu bererti segala puji itu adalah milik Allah)

Walaupun kelihatannya ucapkan tersebut di atas ringkas dan sederhana tetapi ianya mempunyai didikan "tauhid" yang berakar tunjang yang menjunam ke dalam jiwa seorang anak.

Menanamkan rasa tauhid pada masa kanak-kanak adalah masa yang tepat dan akan membuahkan pertumbuhan jiwa yang baik yang dikehendaki oleh agama.

Doa-doa penting yang harus diamalkan

Bagi tujuan pendidikan pada anak, ada lima doa-doa harian yang mesti diamalkan oleh anak-anak. Walaubagaimanapun bukan bermakna doa harian yang lain tidak dimestikan tetapi digalakkan untuk mengamalkannya.

Lima doa yang mesti diamalkan ialah:

1) Doa ketika makan
2) Doa sesudah makan
3) Doa keluar dari rumah
4) Doa sebelum tidur
5) Doa bangun tidur

Doa-doa tersebut boleh di dapati dimana-mana toko buku agama, sila rujuk.

BERSAMBUNG INSYA ALLAH.....

SAMBUNGAN : Rahsia Mendidik Anak

Doa sebelum tidur dan apabila bangun dari tidur.

Ketika hendak tidur biasakan anak-anak mencuci kaki terlebih dahulu. (Telah disebutkan dalam bab yang lepas untuk anak dibawah 7 tahun, hendaklah basahkan kain dengan air suam dan laplah pada muka dan kaki anak.) Adapun acara malam yakni selepas solat maghrib, membaca ayat-ayat suci ( membaca juz amma atau Al-Quran) dalam liputan lebih kurang lima belas hingga tiga puluh minit sudah mencukupi, selepas itu makan malam ( makanan ringan) , selepas itu menyediakan kerja-kerja sekolah atau membaca buku-buku pelajaran.

Setelah dirasakan cukup,kemudian solat Isyak dan masuk tidur. Terlebih afdhal jika dilakukan bersama-sama yakni jama'ah sekeluarga dengan bermakmun kepada ayahnya (ayah menjadi imam) dan muadzinnya anak sulung (lelaki). Setelah selesai barulah masuk tidur dengan membiasakan pada si anak bersalam dan mencium tangan ibubapa.

Apabila bangun dari tidur janganlah lupa , biasakan anak membaca doa bangun tidur. Kerana doa bangun tidur itu mempunyai implikasi (akibat) yang amat mendalam didalam pembinaan taqwa , iman dan budi pekerti seseorang anak.

Menurut kajian ilmu jiwa, seseorang anak yang baru bangun dari tidur, otaknya masih belum lagi berfungsi seratus peratus. Daya ingatannya masih ada didalam potensinya (belum keluar) sepenuhnya. Dengan demikian apabila digugah (dikejutkan) dengan doa yang difahami maksud bacaannya itu, menjadikan ia sebagai daya penggerak ingatannya. Hal ini merupakan satu amalan yang akan membawa ke arah pembinaan taqwa, iman dan budi pekerti anak-anak yang mengamalkannya.

Anak Melakukan Kesalahan

Adakalanya seorang anak itu terlanjur membuat suatu kesalahan baik sengaja atau tidak terhadap orang tuanya. Dalam menghadapi masalah macam ini, orang tua sepatutnya janganlah terus marah, sebaliknya harus bersikap tenang kemudian mengajak anaknya itu masuk ke bilik bersama ibunya. Si anak didudukkan kehadapan kedua ibubapanya kemudian si ibu berilah sebab musabab sehingga si anak faham dan tahu apa kesalahan yang telah dilakukannya. Jika didapati si anak itu bersalah maka barulah si bapa boleh bersuara dan memberikan hukuman.

Misalnya dihukum dengan melakukan pekerjaan, menyapu halaman, (hukuman ringan), membaca atau menulis pelajaran berulang kali, mencuci motosikal atau kereta dan sebagainya mengikut kesesuaian umur anak itu. Setelah anak telah mengerjakan hukuman itu kemudian disuruhnya menulis doa yang bermaksud berikut:

"Ya Allah aku mohon keampunan dosa dan kesihatan diri dalam agama di dunia dan di akhirat".

Arahkan anak itu menulis sebanyak mungkin, doa di atas sebagai tambahan hukumannya. Boleh juga diganti dengan menulis doa-doa lain yang sederhana. Satu cara yang berkesan ialah sebaiknya doa yang akan dituliskan ini, ditulis pada kertas tebal yang agak besar dan digantungkan dimana-mana dinding biliknya, agar si anak tersebut sentiasa melihat doa itu (beserta dengan ertinya).

Cara inilah yang telah diamalkan oleh orang-orang dahulu apabila menjatuhkan hukuman pada anak cucunya, apabila melakukan sesuatu kesalahan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kenakalan anak berlanjutan pada masa akan datang. Bukanlah menghukum anak sehingga menyakiti tubuh badan dan hati si anak.

Ajarkan anak membaca doa apabila masuk dan keluar bilik air.Dengan mengamalkan doa-doa yakni ketika masuk dan keluar dari bilik air, maka Insya Allah akan mendapat perlindungan Allah swt. dari godaan syaitan.

Orang tua- tua memberitahu bahawa syaitan akan masuk melalui ubun-ubun seseorang, jika ia masuk ke bilik air tanpa meminta perlindungan dari Allah swt. Sehingga terlalu kerapnya syaitan itu memasuki ubun-ubun anak (seseorang), maka muncullah atau berlakulah perilaku sumbang.

Sambungan.....

Monday, November 10, 2008

13 tips eratkan persahabatan

Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah
atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada
persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian
ini..
Korang bacalah tip-tip yang diberikan di bawah.. Aku ambik
dari forward mail member aku. Cuba korang try tip-tip
tersebut mana tau... yang ada masalah tuh boleh settle..

Kedai Online
1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung
perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai
berubah danmula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap
teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelengu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jagan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap
ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya,buang jauh- jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama
dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baik mu menyinggung perasaanmu. Ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina
sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada
diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya
org lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yg sama
kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama
teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang
perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain.Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik.
Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?

11. AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah.Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit sebanyak masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yang perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon atau sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula.

Kedai Online

CANCER

MEDICAL INFO: CANCER

Please note the following :

CANCER : Not all cancers are the same. 1/3 is curable. 1/3 is preventable.
2 factors of cancer that cannot be controlled are AGE & FAMILY HISTORY.

CAUSES OF CANCER:

1. Smoking is very often the main cause of cancer.

It kills us silently and drains money from us quietly. There’re 4,000 harmful chemicals (though in diluted form) in one stick of cigarette. Taking one puff is 600 times worse than inhaling exhaust fumes from vehicles.


2. Some foods that cause cancer is :

a. Barbecued Food

b. Deep Fried Food

c. Overheating Meat

d. Food that is high in fat causes our bile to secrete acid that contains a chemical which is a promoter of cancer cells.

e. Food that contains preservatives, too much salt or nitrates, e.g. canned food, salted egg & veggies, sausages, etc.

f. Overnight Rice (where Aflatoxin is accumulated)

g. Food that is low in fibre : Our body needs 25gm of both soluble & insoluble fibre daily. We must drink at least 1.5 litres of plain water a day.

h. Contaminated Food (e.g. moulded bread causes our body to secrete toxins that may eventually lead to liver cancer in the long run. Never eat bread that is kept in room temperature for more than 2 days especially in a humid weather.)


3. Types of fat and which is the best?

Highly Recommended for Health :

a. Olive Oil - It does not absorb in our body.

b. Fish Oil - Omega 3 (contained in NI’s Circulytes) has poly-unsaturated fat. It’s good for our brain cells.

c. Peanut Oil - It contains Vitamin E. A small dosage is recommended only.


4. Not Recommended for Health

a. Vegetable Fat - Palm oil is worse than coconut oil. It is high in cholesterol and highly unsaturated.

b. Coconut Oil - It has saturated fat.


5. Specific Food & Beverages

a. Egg when eaten too much can cause High Colon Cancer, Risk Ovary Cancer, Prostate Cancer.

b. Cabbage is highly recommended for health reason.

c. Tomato is best eaten raw with a bit of olive oil for better absorption. Other alternative is to take tomato sauce.

d. Coffee is good because it contains 2 anti- oxidants. Inhale coffee aroma for half each day is equivalent to eating 2 oranges a day. However, the residue of over-burned coffee is extremely bad for health. It can cause cancer.

e. Tea, as long as it is in its original tealeaves and not processed into BOH or Lipton packets, it is good for health. Tea contains 30 anti-oxidants. Recommended dosage is cups a day.


EXERCISE AND BE FIT
Have a balanced lifestyle. Exercise regularly.

F : Frequency : 3 to 5 times a week.
I : Intensity : Exercise till we sweat and breath deeply.
T : Types of exercises : Find one that suits our age, lifestyle…

HAVE REGULAR CHECK-UP once we reach the age of 45 & above, it is recommended that we go for regular comprehensive health examination. Early detection may save lives.

* Pass it on to people you care of their health.*

Kedai Online

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami??

hehehe... U guys!! Should read this....


Tahukah kau wahai suami dan bakal suami??
Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir Tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...
KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengcheking "Ada duitkah suamiku? "
TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk berinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi.. Cissss!!
Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...
Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja.. bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja... Satu lagi, suami kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! Tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang mesti tahu punya....
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain
English signs in foreign countries

Cocktail lounge, Norway:
"LADIES ARE REQUESTED NOT TO HAVE CHILDREN IN THE BAR."

At a Budapest zoo:
"PLEASE DO NOT FEED THE ANIMALS. IF YOU HAVE ANY SUITABLE FOOD, GIVE IT TO THE GUARD ON DUTY."

Doctors' office, Rome:
"SPECIALIST IN WOMEN AND OTHER DISEASES."

Dry cleaners, Bangkok:
"DROP YOUR TROUSERS HERE FOR THE BEST RESULTS."

In a Nairobi restaurant:
"CUSTOMERS WHO FIND OUR WAITRESSES RUDE OUGHT TO SEE THE MANAGER."

On an Indian river highway:
"TAKE NOTICE - WHEN THIS SIGN IS UNDER WATER, THIS ROAD IS IMPASSABLE."

In a City restaurant:
"OPEN SEVEN DAYS A WEEK AND WEEKENDS."

A sign seen on an automatic restroom hand dryer:
"DO NOT ACTIVATE WITH WET HANDS."

In a cemetery:
"PERSONS ARE PROHIBITED FROM PICKING FLOWERS FROM ANY, BUT THEIR OWN,GRAVES."

Tokyo hotel's rules ad regulations:
"GUESTS ARE REQUESTED NOT TO SMOKE OR DO OTHER DISGUSTING BEHAVIORS IN BED."

On the menu of a Swiss restaurant:
"OUR WINES LEAVE YOU NOTHING TO HOPE FOR."

In a Tokyo bar:
"SPECIAL COCKTAILS FOR THE LADIES WITH NUTS."

Hotel, Yugoslavia:
"THE FLATTENING OF UNDERWEAR WITH PLEASURE IS THE JOB OF THE CHAMBERMAID."

Hotel, Japan:
"YOU ARE INVITED TO TAKE ADVANTAGE OF THE CHAMBERMAID."

In the lobby of a Moscow hotel across from a Russian Orthodox monastery:
"YOU ARE WELCOME TO VISIT THE CEMETERY WHERE FAMOUS RUSSIAN AND SOVIET COMPOSERS, ARTISTS, AND WRITERS ARE BURIED DAILY EXCEPT THURSDAY."

A sign posted in Germany's Black Forest:
"IT IS STRICTLY FORBIDDEN ON OUR BLACK FOREST CAMPING SITE THAT PEOPLE OF DIFFERENT SEX, FOR INSTANCE MEN AND WOMEN, LIVE TOGETHER IN ONE TENT UNLESS THEY ARE MARRIED WITH EACH OTHER FOR THIS PURPOSE."

Hotel, Zurich:
"BECAUSE OF THE IMPROPRIETY OF ENTERTAINING GUESTS OF THE OPPOSITE SEX IN THE BEDROOM, IT IS SUGGESTED THAT THE LOBBY BE USED FOR THIS PURPOSE."

Advertisement for donkey rides, Thailand:
"WOULD YOU LIKE TO RIDE ON YOUR OWN ASS?"

In the window on a Swedish furrier:
"FUR COATS MADE FOR LADIES FROM THEIR OWN SKIN."

The box of a clockwork toy made in Hong Kong:
"GUARANTEED TO WORK THROUGHOUT ITS USEFUL LIFE."

In a Swiss mountain inn:
"SPECIAL TODAY - NO ICE-CREAM."

Airline ticket office, Copenhagen:
"WE TAKE YOUR BAGS AND SEND THEM IN ALL DIRECTIONS."

A laundry in Rome:
"LADIES, LEAVE YOUR CLOTHES HERE AND SPEND THE AFTERNOON HAVING A GOOD TIME."



manusia buta dari melihat, pekak dari mendengar dan beku dari memikirkan segala petunjuk Allah

Klik penaja untuk menyumbang http://www.clixsense.com/?2594002

Md Azmi Mohd Sukaimi/PERAK/UiTM :

Sejarah manusia dengan agama yang diredai Allah SWT untuk mereka, sentiasa dinodai dengan kuman-kuman yang disebarkan oleh syaitan dari zaman ke zaman.

Kerananya manusia sering dan berulang kali dihinggapi satu penyakit yang sangat parah iaitu penyakit yang disebut oleh Allah sebagai syirik lalu menjadi musyrik, di mana dengannya menjadikan manusia buta dari melihat, pekak dari mendengar dan beku dari memikirkan segala petunjuk Allah.

Istilah buta, pekak dan sebagainya adalah digunakan oleh Allah tanpa segan silu, kerana seluruh manusia yang dihadapkan kata-kata itu adalah hamba-hambaNya belaka.

Manusia pada hakikatnya ialah roh, yang kejadian dan kewujudannya, merupakan suatu daripada rahsia dari pengetahuan Allah SWT, dan di luar batas pengetahuan manusia.

Manusia yang wujudnya di alam nyata ini ialah hasil dari gabungan roh dan jasad, yang mana jasad itu baharu sahaja terjadi dan kesuburannya adalah bersumber kepada tanah dengan segala bahan-bahan yang terdapat di planet bumi ini.

Kehidupan manusia di bumi ini adalah kehidupan yang terlalu singkat, apabila diingatkan betapa roh mereka telahpun ada sejak beberapa lama sebelum kelahiran mereka ke dunia ini dalam bentuk jasmani dan rohani.

Allah menerangkan betapa semua roh itu telah ditanya : Tidakkah Aku ini Tuhan kamu? Dan sekelian roh menjawab : Benar sekali. Adapun pertanyaan dan jawapan ini telah lama sekali berlaku di alam yang tersendiri.

Manusia dengan jasadnya tanpa roh adalah bangkai yang terlalu busuk baunya sekiranya dibiarkan terdedah. Busuknya bau bangkai manusia jauh lebih busuk dari bangkai binatang-binatang yang lain.

Demikianlah manusia ini, mereka dicipta dan dilahirkan ke dunia melalui sebuah planet yang dinamakan �al-Ardh� atau bumi dengan sebaik-baik kejadian.

Manusia dianugerah dengan akal dan budi bicara. Mereka dapat pula berkata-kata untuk menyampaikan sesuatu yang lahir dari pemikiran dan perasaan.

Mereka juga dilengkapi dengan kebolehan daya usaha dan daya cipta yang dapat mempergunakan segala benda yang disediakan oleh Allah, iaitu apa-apa yang ada di planet bumi ini bagi kepentingan mereka.
Semuanya ini adalah sebagai ujian kepada mereka, kemudian mereka akan dikembalikan kepada sebusuk-busuk bangkai, iaitu seburuk-buruk kejadian dan hancur luluh bersama tanah di bumi yang mereka dilahirkan.

Seluruh kehidupan manusia sebagai kehidupan sementara di dunia ini adalah merupakan ujian terhadap mereka, sama ada mahu menjadi makhluk yang berterima kasih atau syukur kepada Allah, atau mahu menjadi makhluk yang degil, keras kepala, sombong, bongkak atau kufur ingkar kepada Allah seperti golongan jahiliyyah yang menyembah berhala.

Secara sedar ia adalah tindakan keterlaluan mencintai Allah melalui penciptaan patung-patung yang kononnya untuk mendekatkan diri kepada Allah yang digambarkan sebagai tuhan-tuhan.

Demikianlah di antara yang berlaku secara sedar, adapun yang tidak sedar ialah dengan mengambil dan menjadikan pemimpin-pemimpin mereka yang biasanya ialah manusia yang gagah, berkuasa, kejam dan zalim sebagai tempat untuk menyerah jiwa raga mereka dan dipatuhi secara membuta-tuli kerana hajat-hajat kehidupan menurut pertimbangan nafsu mereka sendiri.

Sejarah manusia selepas kewafatan nabi-nabi dan rasul-rasul sering menjadikan manusia terdedah kepada tipu daya syaitan yang tidak pernah berhenti dari memperdaya dan memesongkan manusia supaya terpesong daripada jalan yang benar yang menyebabkan mereka akhirnya menjadi murtad.

Begitulah yang terjadi sesudah Nabi Isa a.s. sehingga kitab Injil terbahagi kepada empat jenis yang berbeza-beza pendekatan dan arahannya, ia berlaku kerana tindakan songsang yang memurtadkan pelakunya.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan sebagai Rasul terakhir untuk sekelian manusia, baginda telah berhadapan dengan zaman penyembahan berhala dan api, atau menyembah pemimpin-pemimpin negara, dimana semuanya itu disifatkan sebagai musyrik kerana mengambil sesuatu yang lain daripada Allah.

Sesungguhnya ada pelbagai keterangan Allah berhubung dengan murtad, syirik dan musyrik dan pelbagai keterangan dan penjelasan Nabi Muhammad dalam hal ini yang sepatutnya menjadi panduan yang baik untuk kita semua renungkannya.