Sudah hampir 6 tahun pemergian Almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun masih ramai yang tidak mengenali beliau secara dekat.
Beliau yang merupakan idola ramai inilah merupakan Ketua Dewan Ulama PAS ketika PAS bekerjasama dengan Barisan Nasional setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Ijtihad politik Taawun Siyasi merupakan hasil perbincangan antara saya, Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan Almarhum Dr Haron Din di PUTIK melihatkan perkembangan politik yang berlaku.
Semoga Almarhum dicucuri rahmat atas usaha-usaha beliau untuk menegakkan Islam ketika hayatnya.