Friday, February 11, 2011

Thursday, January 27, 2011

DOKUMEN
Saya amat menyenangi kata-kata bloger kita ni jadiknya mehlah kita fikir-fikirkan
Apa yang kita boleh dapat pencerahan darinya REFORM>>>



nota:
apa yang ada disana
kerana ianya perlu disana
apa yang ada disini
kerana ianya perlu disini

gunung tegak berdiri
untuk memaku bumi
lembah luas terbentang
untuk kuda berlari pantas

bengkang bengkok sungai mengalir
karana itulah bentuk air
jangan kau luruskan

lembah dalam menjunam
gaung yang tinggi mdenjurai
kerana itu lah sifatnya

kau bukan pemahat alam
kau hanya transit disini

lihatlah keindahan alam dirosakan
lihatlah nilai melayu baru

kalau tinggi ertinya berjaya
kalau mesin ertinya berjaya
kalau besar ertinya berjaya
kalau godang ertinya berjaya
kalau baru ertinya berjaya
kalau plastik lagi berjaya

bukan kah alam itu indah
bukan kah alam semula jadi itu permai
kenapa dirosakkan
kenapa di tokok tambah

lihatlah gunung gunung kita
tercacak menara talipon

pergi ke gunung jerai
akan ditemui menara besi

pergi ke gunung ledang
akan di temui menara besi

dimana mana tercacak berdiri
sebagai tanda modeniti

bila agaknya kita akan dewasa
bila agaknya kita mula mengenal diri
bila agaknya kita akan mula hormat pada alam

tunggang tunggek sembahyang
berbuih buih bertasbih hanya lah ritual

menghormati alam
adalah menghormati yang maha esa
menghormati alam
adalah tunduk sepanjang masa
kepada maha pencipta

itulah tanda kita sedar
kita hanya sebentar di alam ini
itulah tanda kita sedar
bahawa kita hanya transit dimuka bumi ini

Friday, January 21, 2011

Wednesday, January 19, 2011

Banyaknya tu Sebab tu dapat beli tanah SA MURAH ada udeng...

Setiausaha politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, butiran tender langsung ini didedahkan kepada umum bagi mengelakkan spekulasi “Kerajaan negeri percaya bahawa maklumat ini akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka,” semasa pentadbiran Dr Khir juga ada menganugerahkan dua projek kepada syarikat dimiliki Shamsuddin, masing-masing bernilai RM30 dan RM14 juta, yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri tahun lalu.

Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah penting bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangannya tidak dikaitkan kan dengan perbicaraan Toyo kelak.

Awal bulan lalu, Toyo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7 Shah Alam pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.

Toyo, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan hari ini, Faekah juga berkata kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat dimiliki Shamsudin.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember lalu telah membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum.

“Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza,” katanya lagi.

Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta.
Cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000.
Membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.

“Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan,” jelas beliau.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.

“Bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan,” katanya.

Jelas beliau, langkah itu juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



nota:
baca dan teliti

patutlah kerajaan pakatan diselangor terus dikacau
disinilah bank gerombolan
disinilah mesin atm gerombolan
disinilah tabung buluh gerombolan

bila selangor diambil alih oleh pakatan rakyat
saku gerombolan kering
projek tak sampai
projek tak masuk

nota:
lihat bagaimana korupnya gerombolan di selangor
habis tanah dijual
habis tanah rakyat di gadai mak cik FELDA oi
habis bulu bulu orang kampong