Thursday, January 27, 2011

DOKUMEN
Saya amat menyenangi kata-kata bloger kita ni jadiknya mehlah kita fikir-fikirkan
Apa yang kita boleh dapat pencerahan darinya REFORM>>>



nota:
apa yang ada disana
kerana ianya perlu disana
apa yang ada disini
kerana ianya perlu disini

gunung tegak berdiri
untuk memaku bumi
lembah luas terbentang
untuk kuda berlari pantas

bengkang bengkok sungai mengalir
karana itulah bentuk air
jangan kau luruskan

lembah dalam menjunam
gaung yang tinggi mdenjurai
kerana itu lah sifatnya

kau bukan pemahat alam
kau hanya transit disini

lihatlah keindahan alam dirosakan
lihatlah nilai melayu baru

kalau tinggi ertinya berjaya
kalau mesin ertinya berjaya
kalau besar ertinya berjaya
kalau godang ertinya berjaya
kalau baru ertinya berjaya
kalau plastik lagi berjaya

bukan kah alam itu indah
bukan kah alam semula jadi itu permai
kenapa dirosakkan
kenapa di tokok tambah

lihatlah gunung gunung kita
tercacak menara talipon

pergi ke gunung jerai
akan ditemui menara besi

pergi ke gunung ledang
akan di temui menara besi

dimana mana tercacak berdiri
sebagai tanda modeniti

bila agaknya kita akan dewasa
bila agaknya kita mula mengenal diri
bila agaknya kita akan mula hormat pada alam

tunggang tunggek sembahyang
berbuih buih bertasbih hanya lah ritual

menghormati alam
adalah menghormati yang maha esa
menghormati alam
adalah tunduk sepanjang masa
kepada maha pencipta

itulah tanda kita sedar
kita hanya sebentar di alam ini
itulah tanda kita sedar
bahawa kita hanya transit dimuka bumi ini

No comments:

Post a Comment