
Masa untuk PR menerangkan kepada rakyat Tenang bagaimana nak mentadbir negara dalam 100 hari.
sebelum ini PM Najib kata negara akan bankrup kalau ikut kaedah PR tetapi tidak diberi peluang untuk menjawab persoalan ini.
sebelum ini PM Najib kata negara akan bankrup kalau ikut kaedah PR tetapi tidak diberi peluang untuk menjawab persoalan ini.

Kini peluang PR terbuka luas untuk memahamkan rakyat bahawa cita-cita dan harapan itu bukan palsu.
Masa terbaik juga untuk PR menepis sangkaan buruk PM Najib bahawa negara boleh bankrup di bawah PR jika rancangan 100 hari itu dilaksanakan.
Masa untuk rakyat Tenang keluar dari kepompong lama.
Hidup PR.
Sama-sama menjelmakan karapan rakyat.
Sama-sama pangkah PAS.
Kementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya".
Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.
Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakinibahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.
Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.
"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).
"(Kami beritahunya) mereka tidak patut baut macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.
"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.
Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti.